PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK Cikgu Mior
Shaharuddin dengan penuh iltizam berikrar menumpukan seluruh
tenaga,usaha dan fikiran untuk ;
- Melaksanakan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran yang terkini berasaskan budaya ilmu dan budaya cemerlang
bagi memenuhi hasrat dan kehendak anak didik,ibubapa dan masyarakat
setempat
- Memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
- Menyediakan Bahan Bantu
Mengajar yang terkini dan berkesan ke arah penguasaan kemahiran anak didik bagi peningkatan kelulusan
100% UPSR pada tahun 2015
- Memastikan semua anak
didik menguasai semua kemahiran Linus di akhir tahun 3 sebelum mereka
melanjutkan pelajaran ke Tahun 4.
- Memastikan suasana
pembelajaran dan pengajaran di
bilik darjah sentiasa dalam keadaan kondusif serta menarik minat pelajar
- Memastikan keadaan keceriaan sekolah sentiasa
bersih,cantik dan indah supaya dapat memupuk rasa sayang warga sekolah
terhadap sekolah ini.
- Memberi kerjasama padu kepada Jabatan Pelajaran
Negeri,Pejabat Pelajaran Daerah dan Agensi-agensi Kerajaan demi
pemuafakatan ke arah kecemerlangan pendidikan.
Sentiasa Berkhidmat Dengan Niat
“Perkhidmatan Kerana Allah Taala”
No comments:
Post a Comment