SEJARAH
Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin telah diberi nama baharu pada 10
Mac 2010. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Padang Tenggala dirasmikan
pembukaannya pada 15 Ogos 1948. Pertukaran nama sekolah ini telah diluluskan
daripada Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala kepada Sekolah Kebangsaan Cikgu
Mior Shaharuddin.Kelulusan ini tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550
),iaitu mengikut peraturan P.U.(A) 534/97,Peraturan-peraturan Pendidikan (
Pendaftaran Institusi Pendidikan ) 1997.
Perubahan nama ini tealah dipersetujui sebulat suara oleh Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) sekolah ini melalui usul Sayed Chek bin Sayed Mohammad dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30,pada 27 Mac 2009,agar Sekolah Kebangsaan Padang
Tenggala ditukarkan kepada nama baharu,iaitu Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior
Shaharuddin bin Mior Ahmad yang telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai guru
besar pertama di sekolah ini,iaitu dari tahun 1948 hingga 1968.
No comments:
Post a Comment