Titah Nakhoda
Guru
Besar
Sekolah
Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan
keizinan Nya jua kita masih diberi kekuatan dan peluang untuk meneruskan
usaha-usaha kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan
kecemerlangan anak-anak didik di sekolah.
Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya rakamkan buat
semua warga SK. Cikgu Mior Shaharuddin di atas komitmen dan kegigihan yang ditunjukkan dalam
usaha meningkatkan prestasi anak-anak didik di sekolah ini. Usaha-usaha murni
semua warga SKCMS amat disanjungi dan dihargai. Usaha yang gigih dan
bersunguh-sungguh sepanjang Tahun 2014 telah mengekalkan pencapaian sekolah selaras dengan hasrat untuk
mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem
pendidikan Malaysia. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah
penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan
secara berasingan, malah perlu disepadu dan digerakkan secara bersama.
Justeru,saya
menyeru rakan-rakan pendidik supaya bergabung tenaga dengan penuh komitmen bagi
mewujudkan usaha yang kolaboratif, terancang dan holistik. Marilah kita
bekerjasama untuk memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM )
2013-2015
akan mencapai matlamatnya.
Pastikan tahun 2015 tahun cemerlang,gemilang dan
terbilang buat kita semua kerana kejayaan bukan datang sekelip mata tetapi
dengan segala usaha dan harapan dari semua.
SELAMAT
MAJU JAYA
MUHAMAD NAJID ABDUL RAHMAN
Guru Besar
SK. Cikgu Mior
Shaharuddin
No comments:
Post a Comment